Tuesday, July 14, 2015

RAYA 2015

CERITA PERSIAPAN RAYA 2015....

Bismillahhirrahmanirrahhim .........

Persiapan raya my family tahun ni biasa2 ja,

Kuih raya, buat sendiri je 4 jenis gak la, biskut wajib aku buat, Samperit la, biskut roti bersalut coklat n nestum, biskut untaian ( first time buat, rasanya ada, rupanya macam2 rupa) dan biskut jejari nestum susu.

Petang semalam lepas ambil anak yg ke3 dari rumah ngasuh, kawan Aleeya mai rumah tolong maknya jual biskut raya RM15/ bekas +-50 biji, (terpengaruh harga murah n tgk rupa biskut boleh tahan gak, maka ambil gak sebekas) hehehe.....

Tu ja ka cerita biskut raya?????

Ada lagiii...... sabtu lepas pi Mak Mandin kilang kacang, ambil yang tu, ambil yang ni, belek yg tu belek yg ni, aku ambil ,hang ambil, pi bayaq RM70++ gak la...... JANJI HAPPY....

Tu Biskut Raya.....

Baju raya plak....

Lokasi terjahan pertama kami di Pasar Kemboja, Kubang Menderong. Baju kurung Aleeya + instant shawl, baju kemeja n seluar Azib. Petangnya pulak pacific baju n seluar Azrel. Tragis gak ni, plannya nak berbuka kat nasi arab di perda lepas menyoping tu, tapiii........ xdak rezeki makanan habis kat citu, so 2nd lokasi berbuka BM tomyam, alhamdulillah memenuhi citarasa walaupun hajat nak mkn nasi arab x kesampaian....  APA YG PENTING PERUT KENYANG N MAKANAN SEDAP...
Blk tu singgah Zon Ria, tgk baju melayu sambar selai utk Azrel, Azibnya xdak siaz ( recycle baju abgnya ja la, ibu potong labuh.... settle)

Seterusnya, nak cari kasut, nak cari kasut...... di mana ya???????
Mula2 pi Billlion Sbg Jaya (xdak yg berkenan), hehehe...... Long Wan Jln Baru plak, alhamdulillah ada yg berkenan .......  Ibu suka, abah suka, anak2 suka ..... SETTLE....

Sekian...., nanti kita cerita2 warna-warni raya plak k...






Friday, May 23, 2014

EXaM....

Alhamdulillah.....
Selesai sudah exam Peningkatan Secara Lantikan (PSL) untuk jawatan Penolong Pustakawan, mudah-mudahan keputusannya memuaskan walaupun tahap comfiden x brapa nak comfiden.

Mudah-mudahan berkat kursus selama tiga hari di Shah Alam membantu. ++ lagi dengan pengorbanan tinggalkan 3 anak2 kat my hubby yg sudi menguruskannya.

Jika keputusan tidak memihak kpd aku, aku redha, memandangkan persediaan menghadapi exam ni amat kurang aku buat, memandangkan lama x ambil exam ++ dengan kekangan masa dan kerenah anak2. Dan aku perlu lebih banyak belajar membina keyakinan diri .....


Friday, January 24, 2014

Kunci Dalam Kereta

Pernahkah anda alami kunci tertinggal dalam kereta yang telah dikunci ???????

Semalam berenti isi minyak kat caltex, Ambil duit dalam dompet, dompet  tinggal dalam kereta tekan lock kat pintu tanpa matikan injen kereta. Lepas bayar masa nak isi minyak baru perasan lupa matikan enjin kereta ( mula rasa something yg x kena ) hohohooooooooo....

OHhhh...... NO....Kunci lupa ambil......

First time jadi..... mula la gelabah. Tapi nasib la pernah dengar pengalaman member yang telah mengalami. Pi kaunter minta bantuan....... so mula la prosesssss.......

Alhamdulillah pintu selamat dibuka setelah hampir 30 minit, tanpa sebarang kerosakan.

Pengajarannya lepas ni JANGAN lock pintu secara manual (guna tangan dari dalam) lock la pintu dari luar guna kunci.

Thursday, January 16, 2014

Thursday, August 1, 2013

Persiapan raya ....

Dengan lafaz bismillah.......


Saya nak cite2 pasal persiapan raya , lg pun dah lama x update blog ni.
Persiapan raya my family kali ini ala kadar je, almaklum la budget pun kureng....
Aleeya cuma beli baju ala2 blaus je, kain aku jahit sendiri ( alhamdulillah menjadi gak) nak beli baju kurung sepasang jenuh pusing susah cari saiz. Tudung dah beli awal2 lg
Azrel belikan seluar jin suku n t shirt sepasang je, baju melayu pakai yg tahun lepas punya.
Azib beli t-shirt sepasang n baju kemeja sepasang
semuanya cari hari buget2 je. kasut insyaallah ahad ni plak.
Ibu n abah ? Baju raya? hehehe.... ntah la.... tgk lebihan budget klu ada...

Kuih raya plak, order kat member 4 jenis, maruku sejenis........
Aku cuma buat samperit n kuih kapal terbang/ tiram ( itu pun sebab ada tempahan ) alhamdulillah ... masyuk jugak...

Thursday, July 11, 2013

Bismillahhirrahmanirrahim......

First day puasa aku ambil cuti kesian kat anak (Aleeya) , tahun ke-2 puasa. Alhamdullillah hari pertama ok je, walaupun ada gak bunyi2 tu.

Sahur makan nasi goreng n telur goreng je. Berbuka sebab cuti masak je la. Ini la menu2 yg sempat dibuat. layan je la.....

Semunya homemade... hehehe..... menu berbuka n sahur sekali

Thursday, June 20, 2013

My 3rd baby

18hb okt 2012 lahir babyku yg ke 3 pada jam 7.39 petang secara normal (alhamdulillah). Kalau diikutkan due date pada 31 Okt, tp pabila dr pakar Hptl BM scan pada 17hb didapati baby aku kecil 2.2 je, so depa suruh masuk hptl sbrg jaya n masuk ubat (kira bsalin awal la)

Hari ke 4 baby ke jaundis (326) masuk Hptl BM, 3h 2m, masa keluar turun 226.

Hari ke 14, misi mai melawat rumah tgk perut baby buncit n keras. Refer dr Klinik Kubang Semang - Hptal BM -Scan , usus baby bengkak - Hptal Sbrg Jaya ( x dak pakar bahagian usus ) - naik ambulan lagi ke Hptal Sultanah Bahiyah Alor Star (kat sana 11 hari 11 malam gak la).

Hasil Tanganku .....

Bismilllahhirrarhmanirrahim................

Akhirnya terhasil la jugak bunga telur utk Abg Hid n Ijah. Bunga telur daripada kertas crepe.

Tuesday, October 16, 2012

Debaran menanti orang baru......


Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim........

Debaran menanti  due 31hb ni, mudah2an semuanya dipermudahkan olehNYA..... insyaallah. Menanti kelahiran anak yg ke-3. 2 kali pengalaman yang sebelum ini mudah2an dipermudahkan. Hahaha...... TAKUT? Sudah semestinya. SUSAH HATI? Nak tinggalkan anak2 2 org 2, kesian hb nak uruskan tambahan dgn hero yg semakin lasak tu. BERSEDIAKAH? Setiap anak yg dianugerah diturunkan dengan rezeki masing2, insyaallah ........ mudah2an dimurahkan rezeki untuk anak2 ku.

My Heroin – ALEEYA NATASYA



Aleeya Natasya anak sulungku, 7 tahun. Banyak mulut, sihattt... darjah satu tp macam dah  darjah 4/5.... suka makan (bg la kat dia semua dia sapu), suka menyakat adiknya, degil pun ada, klu tgk tv duduk dekat2 n pasang suara kuat2. Klu suruh mandi 2/3 kali x jalan, keluar suara tarzan satu taman dengar baru boleh masuk bilik air. Membaca alhamdulillah boleh la..... ada perkembangan, klu buat latihan kita kena tgk, klu x jgn mimpi la..... aleeya2x.  Walaupun ibu selalu marah2 tp ibu amat sayangkan anak2 ibu........

My Hero – MUHAMMAD AZREL
 

Muhammad Azrel anak kedua, 2 tahun. Berat mulut ckit, lasak la jugak, klu keluar rumah (main kat luar/ jalan2) susah nak handle, nak bebas je ( jln x mau bg pegang tangan, ikut kaki dia je) makan kat luar pun x boleh dah. Bab makan dia kureng ckit berbanding kakak dia. Amat sayangkan kakak dia, klu ambil/ makan apa2 mesti dia tanya aya? (untuk kak aleeya). Degil pun ada. Kat nusery dulu suka gigit budak2 lain, skarang suka buat org..... Azrel2x.......

Wednesday, August 24, 2011

First Time Gunting Rambut

23/08/2011, +-8mlm, pengalaman pertama ( selain cukur masa lps pantang) my hero potong rambut. Rambut dia jenis halus , x sama ngan rambut ibu n abah dia (kasar). Ingat nak potong sendiri je, tp paham2 je la. pegang je gunting nak potong , asyik nak tgk gunting je, akhirnya x payah la. Rambut dia sampai nak boleh ikat dah, klu pompuan aku dah ikat toncang dah. Smalam my hubby kata nak pi potong rambut, aku suruh la skali ngan Azrel.
Hahaha....tukang gunting kata my hubby leh pegang azrel sambil dia gunting. Mula2 ok lg, 2,3 dia sodok mula la dia nangis. Nangis sungguh2. Cian Azrel . Aleeya (kakaknya) apa lg seronok la dok usik lg adik dia. emmmm... Aleeya2, nanti ibu suruh potong rambut Aleeya cam Azrel baru tau. Lpas potong nampak bulat muka anak aku. tlupa nak ambil gambar.

Wednesday, April 20, 2011

My Hero n Heroin

Gambar terkini Aleeya n Azrel,









Aleeya n Azrel. Aleeya sekarang suka buat perangai, merajuk, bebal2... bg kat dia. Azrel yang semakin aktif, suka gigit2 ( nak tumbuh gigi lagi kot), suka meragas (semua brg nak di capainya) penat2..... huh....

Sempat gak berposing sambil control macho.....

Perlawanan Bola Jaring antara Graduan Kecil

16 April yg lepas perlawanan bola jaring n futsal antara Graduan Kecil yang diadakan di gelanggang bola2 dkt Mak Mandin. Pasukan Aleeya dari Graduan Kecil 1 (GK 1) menamakan kumpulan mereka Wonder Girls (sila komen klu salah eja ye..). Wonder Girls lawan 4 kali, menang 3 kali kalah sekali, akhirnya mendapat tempat ke-3 (boleh la 2).... Susah nak ambil gambar masa dlm gelanggang sebab ada jaring, so layan je la gambar2 kat bawah....


Senam robik sebelum perlawanan bermula,Jeritan semangat daripada Wonder Girls, We are nobody2 but win, we are nobody2 but win, we...., i.... Wonder Girls, Wonder GirlsPemain mengambil posisi masing2Permainan nak bermulaBergambar selepas kemenangan 2 games. Aleeya n Najla, saiz lebih kurang, tp Aleeya tinggi ckit

Bersama pemain2 Wonder Girls


Berposing lagi......
Wonder Girls bersama jurulatih, teacher Sarihan (tugasan terakhir sebelum meletak jwtan) n x pasti nama teacher sorang lg

Aleeya bersama ibu tersayang yang banyak memberi sokongan yang x berbelah bagi, hahaha.....ye ke...
Fatin n ibu tercinta....
Merajuk time, sebab x dapat vitegen........ geram, geram aku gerammm... this time...

Aleeya n Fatin bersama medal n hadiah yang dimenangi..... Congratulations Wonder Girls

Friday, March 4, 2011

Anugerah

Anugerah Khidmat Cemerlang 2009

Semalam merupakan Hari Kualiti UiTM Pulau Pinang 2010, yg sepatutnya diadakan pada tahun lepas. Pada hari ini berbagai2 anugerah akan diberi kepada samada individu, kumpulan atau fakulti/bahagian.
Sebelum2 ni tgk je org dapat anugerah, tp kali ni aku dapat gak anugerah, hahaha..... Anugerah Khidmat Cemerlang 2009, alhamdulillah. Cemerlang ke aku? Mudah-mudahan aku menjadi seorang pekerja yg cemerlang dulu, kini n selamanya, Insyaallah
Macam gak org lain (mungkin kot), perasaan gementar mesti adanya, dup.. dap..dup..dap... bukanya apa nak naik atas pentas, nampak kat bawah rami org, jalan dah la jauh lg plak takut jatuh lak....aduhhhh malunya.... maklumla org 'low profile' hahaha.......

Wednesday, February 23, 2011

My Hero..

Hari ni bawa Azrel pergi klinik timbang berat je, naik 500g (7.9kg dah), dah 8 bln anak ibu.
Amanat yang diberi oleh nurse, 9 bulan dah boleh bagi biskut yg org dewasa makan, contohnya mcm biskut meeri la... 10 bln try bagi mkn telur (test alahan). Rebus telur, mula2 bg mkn yg putih saja dulu (bg la 2/3 kali), pas2 bg merah saja plak n last sekali putih dan merah. bg makan pada masa/hari yg berlainan la. Tgk ada naik ruam atau muntah, klu x ok la 2.
29/6/2011, Azrel setahun bawa pi klinik cucuk, klu ada alahan bgtau nurse (maybe x yah cucuk). Ubat ni dibuka pada hari rabu saja, setiap kali buka untuk 10 org kanak2. Kesian Azrel kena cucuk lagi......

Wednesday, February 16, 2011

Orang Baru

Sampai ternganga mulut mia tidoq, malam dia jaga. Kesian mak n tok dia jaga


Ni anak saudara aku yg ke-4, cucu mak ayah yg ke-6. Anak adik aku, Fizah. Bersalin kat Hospital P. Pinang +- pukul 3 ptg, berat 2.3 kg. Nama hehehe.... kena panahan pelakon kanak2 yg comel 2, Mia. Nur Damia Maisara, mudah-mudahan menjadi anak yg solehah n menyenangkan mak n ayah, Insyaallah......

Wednesday, February 9, 2011

Terimalah dia seadanya...........

Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf, jika kasih tak setulus Zulaikha
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim, andai diri tak sekuat Siti Hajar
dan

Mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna
Rasulullah S.A.W


Bimbinglah dirinya, dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan
Carilah kebaikan pada dirinya
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu..........

Tuesday, February 8, 2011

Cuti-cuti......


Inilah Ikan hasil pancingan hb n adikku

Setelah diproses oleh mak aku, seekor ikan tu ada telur ( satu
mangkuk dapat)

Versi bakar, my hubby n abg aku punya tugasan

Ni plak buat masak lemak tempoyak, mak aku buat

And last sekali, buat ikan goreng

Semua masakan di atas adalah ikan yg sama , hasil pancingan my hubby n adikku masa blk bercuti raya cina yg baru2 ni.

Wednesday, January 19, 2011

My Hero

Isnin aku cuti, Azrel demam. Semalam keja petang ngan mail. 50/50 gak la nak mai keja, sian kat anak x berapa chat lg, tapi kurang ckit la dari hari sebelumnya.
Minggu lepas dia selsema n batuk. sab2 malam demam, pa lagi mlm x boleh tidur la aku dok merengek2 (x selesa la 2). Tp siang x larat2 pun main boleh tahan gak la n yg best masa makan ubat mulut tutup rapat jenuh nak bg makan.
Alhamdullillah hari ni ok cikit, esok cuti Thaipusam leh aku jaga dia balik. Sekarang malam2/pagi2 (waktu org tidur dia suka bangun nak main) penat ooo... ibu dia nak melayan. kadang2 dia tarik rambut atau main2 kat muka kakak dia (tidur sebelah).
Tu la setengah org kata, budak2 (baby2 la) klu x sihat mesti nak dapat apa2, mungkin nak boleh merangkak kok (penat lagi la nak kena ligan dia)

Thursday, January 13, 2011

Kerja Petang

Hari ni aku dah start keja petang untuk semester ni (sekali je dlm seminggu). Masuk pkul 1 ptg n blk pukul 10 mlm. Rehat pukul 6.30 - 7.30ptg ambil anak2 kat nusery (azrel) n graduan kecil (aleeya) hantar blk rumah, giliran my hubby ambil alih tugas jaga depa lak ( dari pukul 7.30-10.00 je la, sementara aku blk, tp ngasuh je la).
Actually aku malas nak keja mlm, sebabnya ....... macam2 la (tp nak wat camna dah tugas kan)
Mlm ni aku keja ngan eirma. minta2 la jgn la byk buku yg perlu disusun. Penatttt.......oooooo.