Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim........
Debaran menanti due 31hb ni, mudah2an semuanya dipermudahkan
olehNYA..... insyaallah. Menanti kelahiran anak yg ke-3. 2 kali pengalaman yang
sebelum ini mudah2an dipermudahkan. Hahaha...... TAKUT? Sudah semestinya. SUSAH
HATI? Nak tinggalkan anak2 2 org 2, kesian hb nak uruskan tambahan dgn hero yg
semakin lasak tu. BERSEDIAKAH? Setiap anak yg dianugerah diturunkan dengan
rezeki masing2, insyaallah ........ mudah2an dimurahkan rezeki untuk anak2 ku.
My Heroin – ALEEYA NATASYA
Aleeya Natasya anak sulungku, 7
tahun. Banyak mulut, sihattt... darjah satu tp macam dah darjah 4/5.... suka makan (bg la kat dia semua
dia sapu), suka menyakat adiknya, degil pun ada, klu tgk tv duduk dekat2 n
pasang suara kuat2. Klu suruh mandi 2/3 kali x jalan, keluar suara tarzan satu
taman dengar baru boleh masuk bilik air. Membaca alhamdulillah boleh la.....
ada perkembangan, klu buat latihan kita kena tgk, klu x jgn mimpi la.....
aleeya2x. Walaupun ibu selalu marah2 tp
ibu amat sayangkan anak2 ibu........
My Hero – MUHAMMAD AZREL
Muhammad Azrel anak kedua, 2 tahun.
Berat mulut ckit, lasak la jugak, klu keluar rumah (main kat luar/ jalan2)
susah nak handle, nak bebas je ( jln x mau bg pegang tangan, ikut kaki dia je)
makan kat luar pun x boleh dah. Bab makan dia kureng ckit berbanding kakak dia.
Amat sayangkan kakak dia, klu ambil/ makan apa2 mesti dia tanya aya? (untuk kak
aleeya). Degil pun ada. Kat nusery dulu suka gigit budak2 lain, skarang suka
buat org..... Azrel2x.......