Wednesday, June 23, 2010

Bila ni......


Bila ni baby aku nak keluar????....... x sabar rasanya. Due lg 6 hari, tapi perut dok cekang dari minggu lepas lagi tp x sakit2 lagi (ckit2 2 ada la). Aleeya pun dok asyik tanya bila baby dia nak keluar ( Sabar2 ).

Actually, kami semua x sabar nak menerima org baru, almaklumlah aleeya pun dah 5 thn.

Apa2 pun aku harap semuanya selamat ( aku n baby ). dan proses bersalin yg senang n cepat. Amin..................

Friday, June 18, 2010

Hadiah.....



Ini hadiah daripada member2 office untuk my second baby. Baby x keluar lagi hadiah dah dapat, ibu dia yg seronok.....hehehe........

Kesian kat Riena, masa nak cari baju kat baby aku (Hadiah yg kecik 2, rasanya baju), sebabnya x tau baby aku boy or girl. Actually dia pi beli utk aku n k zu. K zu nya dah tau baby boy.

Hari ni member2 office pi tgk k zu, aku x pi ( awalnya kereta penuh - aku x brapa larat nak drive) . Nak dijadikan cerita hari ni motor my hubby pancit. so, dia bawa kereta hantar aleeya n aku (best la aku ada org hantar n ambil, ditambah dalam keadaan skarang ni).

Apa2 pun thank to semua member office kerana sudi bagi hadiah ni (beg 2 sememangnya dalam perancangan nak beli -nak guna masa nak hantar ngasuh lepas pantang nanti). Jimat aku x payah beli dah..... hehehe......

Friday, June 11, 2010

BOLA, BOLA, BOLA.........




Aku dapat info ni dari sms......

FTRIVBM:

1.Hanya 2 individu pernah memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih, Mario Zagallo (Brazil) dan Franz Beckenbauer (Jerman)

2.Ini merupakan kali pertama Piala Dunia diadakan di benua Afrika

3.Carlos Alberto Parreira ingin memenangi Piala Dunia keduanya sebagai jurulatih Afrika Selatan, yang pertama ketika bersama Brazil 1994.

4. Gerrard yg memakai jersi nombor 4 menentang AS, jaringkan gol pertama untuk England dlm minit ke-4 pada perlawanan itu.

5. Pasukan Jerman adalah pasukan pertama yg mendahului pasukan lain dgn jumlah jaringan terbanyak dgn 4 gol dlm piala dunia 2010.

6. Penjaga gol Switzerland menahan 7 cubaan ke gawang golnya dlm usahanya mempertahankan kemenangan 1-0 ke atas Spanyol.

7. Piala dunia 2010 tlh menyaksikan hat-trik pertamanya selepas berlansung selama 7 hari, sumbangan Gonzalo Higuain dari Argentina

Friday, June 4, 2010

Esok Cuti......

Alhamdulillah....... Jumaat dah hari ni, habis dah seminggu keja (walaupun keja x cukup 5 hari - hari selasa cuti aleeya demam).
Aleeya semenjak 2 menjak ni suka buat perangai, ckit2 bebal, ckit2 bebal (sebab x lama lg nak dapat adik kot-minta2 cam 2 la, jgn la berterusan la - penat den dibuatnya). Bagun pagi nak pi Graduan Kecil buat perangai, ambil dari skolah wat perangai n blk rumah pun wat perangai lg (Sabar je - ni baru sorang )
Pagi ni bgtau dia hari ni last skolah esok cuti 2 hari seronok la dia, bukannya apa anak aku ni, seronok bila cuti boleh tengok kartun dari pagi sampai petang. Ibu n abah dia yg x best x leh tgk cerita lain asyik kartun je.

Thursday, May 27, 2010

Yahoo... Balik Perak

Hari ni last keja, esok cuti Hari Wesak (jadi 3 hari la cuti). Cuti lama2 ni balik Perak sebab adik nak bertunang 30hb ni. Aku plan nak wat 2/3 hantaran utk dia, bahan dah ada tp x menjadi2 lg. kuih mak suruh buat, dapat la 2 je, 2 pun satu bancuhan je dpt la sikit (x larat maklum la dah sarat, klu ada org tolong k gak, hb n anak aku tolong gak. tlong tgk, rasa n kacau ada la).

Ptg ni , lpas hb blk keja, pergi ambil adik n hb dia kat pulau dulu lpas 2 baru bertolak blk ( minta2 jgn la jem atas jambatan 2). Pagi tadi call adik aku yg nak btunang, rupanya depa dah blk smalam lg ( dia, adk no-4 n anaknya-najwa). siap surah kami blk awal ckit (maklumla dah lama x kumpul ramai2).

Mak ayah pun mesti happy la, anak menantu n cucu blk (riuh la rumah depa malam ni). mak siap buat mee kari n cendul (nyum3x...... sdapnya, x sabar rasanya). blk nanti check blk apa yg x cukup n bincang apa menu untuk kenduri nanti.

Wednesday, May 26, 2010

Hari Sukan Graduan Kecil 16 Mei 2010


Aleeya bersama2 ngan medal2 yg pernah dimenanginya sepanjang 3 thn di graduan kecil n arnab kesayanganya.






Hari Sukan kali ke-3 bagi Aleeya di Garduan Kecil. Tahun pertama 2008 (3thn) rumah kuning, thn ke-2 (4thn) rumah biru n tahun ni thn ke-3 (5thn) rumah oren. 2010 ni aleeya masuk senamrobik n larian si comel. rumah oren jadi johan tahun ni, dapat la medal emas n key-chain spiderman, larian si comel dia dapat patung arnab, yang menjadi teman tidur dia buat sementara waktu ni.

Lw tambun 15 Mei 2010


my hb, merajuk x mau mandi sat. sebab lifeguard x bg pakai seluar trek. at last pi sewa seluar la. so happy la balik
Ni gambar Aleeya ngan pelambung baru dia, aku beli semata2 nak mai LW Tambun. Suka sangat la dia. Dalam rumah pun dia main pelambung ni , macam la ada air dalam rumah 2. Biasa la budak2 benda2 baru ni memang excited , lama2 boring la 2. Anak aku ni mula2 sampai la dah tanya bila boleh mandi. sampai2 je kolam terus turun, naik sekejap2 je, 2 pun waktu makan n nak jalan2 sat, n akhirnya balik rumah muka n tangan berbalam hitam. apa2 pun anak aku happy.........